Colgate Total Charcoal Clean Toothpaste

4.7 121 reviews 98% recommend this product!
Colgate Total Charcoal Clean Toothpaste

Member reviews | 121

Filter reviews

nafas lebih selesa
17 days ago
5/5
Purchased by reviewer
Saya cuba Colgate Total Charcoal Clean Toothpaste baru-baru ni, memang rasa best! Ubat gigi ni ada arang aktif yang bantu bersihkan gigi lebih mendalam dan buang plak dengan lebih berkesan. Lepas guna, mulut rasa segar dan nafas pun tahan lebih lama. Rasa mint dia seimbang – tak terlalu kuat, tapi cukup untuk bagi rasa bersih. Tekstur ubat gigi ni halus, senang nak guna dan tak terlalu berbuih. Apa yang saya perasan, gigi nampak lebih bersih dan kurang kekuningan lepas beberapa kali guna. Selain fungsi pemutihan ringan, ubat gigi ni masih lengkap dengan perlindungan Colgate Total – cegah kaviti, jaga gusi dan kuatkan enamel. Jadi memang sesuai untuk kegunaan harian. Secara keseluruhan, Colgate Total Charcoal Clean Toothpaste ni pilihan menarik kalau nak rasa mulut lebih bersih, nafas segar dan gigi lebih cerah dengan cara yang selesa.

Would recommend !
efisien
2 months ago
5/5
Purchased by reviewer
nafas terasa lebih segar dan gigi semakin putih dan menyebabkan senyuman lebih yakin tanpa rasa was-was.walaupun memaki braces namun kebersihan gigi masih terjaga.

Would recommend !
Gigi Lebih Bersih dan Nafs Segar
2 months ago
4/5
Purchased by reviewer
Saya cuba Total Charcoal Clean Toothpaste dan berpuas hati dengan hasilnya. Gigi terasa lebih bersih dan nafas lebih segar, serta noda kopi berkurang. Walaupun harga agak mahal, ia berbaloi jika dapat beli masa promo. Rasa sedikit berbeza dari pasta gigi biasa dan charcoal boleh buat sedikit kekotoran, tapi secara keseluruhan, saya puas hati dan akan terus beli jika ada diskaun. Buat denmgan lebih rasa pudina

Would recommend !
Jenama Unggul Zaman Berzaman
3 months ago
5/5
Purchased by reviewer
COLGATE Total Charcoal Clean Toothpaste ni sangat bagus digunakan. Bila sebut je COLGATE, rakyat Malaysia pasti memilihnya. Kami sekeluarga sudah menggunakan COLGATE sejak dari zaman dahulu lagi Dan sehingga kini masih setia. Harini COLGATE melancarkan satu produk yang terbaru iaitu COLGATE Total Charcoal Clean Toothpaste. Sudah pasti menjadi pilihan kami sekeluarga.

Would recommend !
Gigi makin putihhh
3 months ago
5/5
Purchased by reviewer
Colgate Total Charcoal ni memang terbaik! Lepas guna, mulut rasa super fresh & nafas tahan lama. Arang aktif dia bantu bersihkan celah-celah gigi dengan lebih mendalam. Plak pun senang hilang. Yang penting, tak rasa terlalu pedas sesuai untuk harian. Gigi rasa lebih licin & bersih setiap kali lepas gosok!

Would recommend !

Blog

03 March 2023
Long-lasting mascaras: Top 5 approved by our community

Looking for long-lasting mascaras for thick and glossy lashes? In this article, we provide you with a list of the top 5...

01 March 2023
Squalane: What is it? How does it benefit your skin and hair?

Squalane is a hydrating molecule derived from both plant, human and animal fats. It mimics your skin’s natural oi...

23 February 2023
Korean beauty products you should stock up on and our top 4 picks!

Korean beauty products are known to be gentle, hydrating and has a long-term approach to skincare to help people achiev...